DiLea Webinar Berkala Sejarah sesi 1 - ii
3 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 02 Ogos 2025, telah berlangsung DiLea Webinar Berkala Sejarah sesi 1 - ii. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:30 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, pelajar menjawap soalan latihan berasaskan soalan SPM sebenar dan ramalan. Pelajar dapat akses kepada soalan-soalan yang pernah keluar dalam SPM serta latih tubi tumpuan. Melalui kelas ini juga disediakan contoh jawapan berkualiti tinggi (A+) untuk dijadikan panduan. Selain itu, pelajar dapat berinteraktif dan dapat bertanya secara terus dengan guru DiLea. Sesi live webinar membolehkan pelajar bertanya dan berinteraksi dengan guru secara terus untuk lebih mudah faham berbanding belajar secara pasif atau membaca sendiri.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran subjek Sejarah para pelajar. Seterusnya, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: